Lebih 200,000 penduduk Segamat terkejut apabila bunyi dentuman dan gegaran seakan-akan letupan bom dan gempa bumi terjadi petang semalam.
Menurut Nur Halimatul Shahana Suanda, 26, dia antara penduduk yang menjadi saksi kejadian berkenaan di sekitar Buloh Kasap.
“Saya ingatkan ada gempa bumi selepas bunyi letupan kuat tujuh kali berturut-turut petang semalam. Ketika kejadian, saya berada di rumah tengah tidurkan anak dalam buaian yang dalam ketakutan sebaik mendengar letupan kuat itu.
“Letupan kuat itu menyebabkan bumbung rumah saya bergegar. Saya fikirkan ada berlaku gempa bumi, guruh atau hendak hujan namun cuaca ketika itu cerah.
“Sebelum itu, saya ada dengar bunyi kuat, tetapi saya turut sangkakan ia bunyi meriam tentera untuk latihan sambutan Hari Kemerdekaan sabtu ini,” katanya.
Tambahnya, dia terdengar bunyi misteri letupan itu selepas menerima panggilan telefon daripada beberapa kenalannya yang mengalami perkara sama.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.