Baru-baru ini, ribuan obor-obor berwarna kemerahan ditemui terdampar di pantai Kampung Jangkit, Kuala Penyu dan ia menimbulkan pelbagai tanda tanya.
Menurut Pengarah Jabatan Perikanan Sabah, Azhar Kasim, pihaknya mengatakan obor-obor berkenaan dikenal pasti sebagai Obor-Obor Tomato atau nama saintifiknya Lobonemoides Robustus.
“Spesies obor-obor terbabit bagaimanapun dikatakan tidak berbisa namun boleh mengakibatkan gatal pada kulit jika tersentuh.
“Jabatan Perikanan sudah menghantar anggota dari Pejabat Perikanan Kuala Penyu ke kawasan kejadian untuk membuat pemantauan. Hal ini kerana kejadian ribuan obor-obor yang terdampar itu adalah luar biasa,” katanya.
Tambahnya, kenaikan suhu air laut ekoran cuaca panas melanda Sabah ketika ini dipercayai punca kemunculan ribuan obor-obor itu.
Malah, kira-kira tiga kilometer di pesisir pantai Kampung Jangkit, Kuala Penyu jelas kelihatan ribuan obor-obor terdampar di lokasi tersebut.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.