Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Unik! Pengantin Pilih Petai Sebagai Bunga Tangan, Tetamu Dibekalkan Ikan Dan Sayur

ROSTAM, Mohamad Firdaus
19 Sep 2025, 11:08 AM

unik! pengantin pilih petai sebagai bunga tangan, tetamu dibekalkan ikan dan sayur

Foto: Threads

Sebuah majlis perkahwinan menjadi tular di Threads selepas pasangan pengantin memilih konsep yang cukup luar biasa.

Menerusi perkongsian seorang rakan kepada mempelai, kelihatan pengantin perempuan menggenggam bunga tangan yang digubah daripada petai, berbeza daripada kebiasaan yang menggunakan bunga segar.

Lebih menarik perhatian, tetamu yang hadir turut menerima anak ikan serta sayur-sayuran segar sebagai hadiah doorgift.

“Pertama kali saya lihat hand bouquet guna petai, doorgift pula ikan dan sayur. Memang luar biasa majlis kahwin kawan saya ni. Saya kagum dengan konsep dan keberanian mereka. Sebagai tetamu, kami rasa sangat seronok dan penuh nostalgia,” tulis individu tersebut.

Ruangan komen turut dibanjiri reaksi netizen yang teruja dengan kelainan majlis berkenaan.

“Memang rare!”

“Comel sangat.”

“Konsep ni memang cool.”

“Unik betul, keluarga pengantin ada kebun agaknya. Ini kali pertama saya tengok idea macam ni.”

Majlis kreatif itu bukan sahaja menghiburkan tetamu, malah dianggap sebagai antara konsep perkahwinan paling unik pernah dikongsikan di media sosial.

Sumber: Threads

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us