Kredit Harian Metro. Photo Syukri Raub.
Pernah tak anda pergi ke kenduri kahwin yang pengantinnya sendiri menyediakan kesemua juadah yang terhidang? Haaa ini kami kongsikan kisah pengantin turun padang sendiri untuk masak bagi semua tetamu.
Pengantin lelaki sanggup menghabiskan masa selama empat jam untuk menyediakan banyak jenis makanan untuk 2,000 orang tetamu.

Syukri sanggup memasak sendiri 10 jenis nasi selama empat jam pada sebelah pagi pada hari persandingannya. Syukri berpuas hati kerana tetamu gembira dengan kualiti makanan yang dihidangkan.
Saya tidak kisah memakai pakaian yang murah, asalkan makanan yang disediakan terbaik dan sedap serta menggembirakan tetamu.
Idea itu sebenarnya untuk saya menghargai pelanggan di sekitar Raub (Pahang) selain untuk mereka mencuba keenakan pelbagai jenis nasi yang kami boleh sediakan.

Syukri mula mendapatkan bahan-bahan diperlukan untuk memasak kesemua jenis nasi empat hari sebelum majlis. Dia menggunakan 97kg beras untuk memasak 10 jenis nasi iaitu Nasi Hujan Panas, Nasi Jagung, Nasi Serai, Nasi Beriani, Nasi Arab, Nasi Minyak, Nasi Tomato, Nasi Keduli, Nasi Lobak dan Nasi Putih.
"Saya belajar memasak daripada ibunya yang memang suka dan pandai memasak serta kebolehan ini mungkin diwarisi daripadanya. Selain itu, dia juga mengikut jejak langkah ayahnya Addnan Md Amin yang akan sediakan makanan yang agak ‘mewah’ untuk tetamu dalam apa saja majlis.

Selain daripada 10 jenis nasi, saya menyediakan tujuh jenis lauk dan enam jenis air berperisa untuk tetamu dan Alhamdulillah, tiada pembaziran berlaku kerana semuanya habis dan cukup.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.