Seorang pengasuh didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh anak asuhannya, seorang kanak-kanak perempuan tiga tahun, bulan lepas.
Tiada sebarang pengakuan dibuat oleh Nur Nabilah Sekh Ruslan, 32, berikutan kes tersebut yang berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Nabilah didakwa menyebabkan kematian kanak-kanak itu di sebuah rumah di Bukit Rangin Damai, Perumahan Bukit Rangin di sini antara 6 petang hingga 8 malam pada 17 Februari.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun tetapi tidak lebih 40 tahun dan jika tidak dihukum mati hendaklah dihukum dengan minimum 12 sebatan, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Aisyah Abdul Wahab manakala petuduh tidak diwakili mana-mana peguam.
Sebutan semula kes ditetapkan pada 15 Mei oleh Majistret Ellyna Othman. Tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin.
Media melaporkan berita kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun pada 27 Februari lalu. Mangsa sempat menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan pada 20 Februari sebelum dipercayai didera. Enam individu berusia lingkungan 17 hingga 44 tahun ditahan bagi membantu siasatan.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.