Asia cukup terkenal dengan makanannya yang pedas. Lihat sahajalah makanan kita di Malaysia, tak pedas tak sah!
Namun, tahukah anda terdapat kajian yang telah diterbitkan dalam jurnal Nutrients, pengambilan cili berlebihan boleh membuatkan anda jadi pelupa.
Kajian dijalankan keatas lebih 4,500 responden mendapati mereka yang memakan lebih 50 gram cili sehari mengadu berdepan masalah ingatan atau demensia.
Pengambilan cili berlebihan sepanjang lebih 15 tahun dikaitkan dengan penurunan daya ingatan sebanyak 56 peratus!
"Dalam kajian sebelumnya, kami dapati pengambilan cili bermanfaat untuk penurunan berat badan dan tekanan darah.
"Tetapi kali ini, kami menemukan kesan buruk terhadap perkembangan kognitif dalam kalangan orang dewasa yang lebih berusia," kata Dr Zumin Shi.
Namun, ini hanyalah satu kajian awal dan tiada bukti saintifik atau konklusif menunjukkan makanan pedas mampu merisikokan ingatan.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.