Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan penggunaan telefon bimbit ketika membuang undi di tempat mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah dilarang sama sekali.
Malah, perkara tersebut dijelaskan dalam 10 langkah pengundian perlu dipatuhi oleh pengundi ketika mengundi pada 19 November ini.
Infografik yang dikongsikan itu turut menyatakan dalam langkah keenam menjelaskan pengundi akan diminta menyerahkan telefon bimbit kepada ketua tempat mengundi selepas mengambil kertas undi.
Selepas mengundi, pengundi akan kembali ke meja ketua tempat mengundi untuk mengambil semula telefon bimbit.
Sumber: Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.