Tidak boleh dinafikan bahawa kecintaan ibu bapa kepada anak sulung ini lebih istimewa. Anak yang paling disayangai pada awalnya adalah anak sulung kerana mereka merupakan anugerah pertama pasangan suami isteri.
Anak sulung ini juga memikul tanggungjawab yang amat besar dalam keluarga dan harus memberi contoh yang baik kepada adik-adik. Oleh kerana itu, ibu bapa lebih bersikap garang kepada anak sulung dah lebih kurang terhadap adik-adik kecik. Sebab itulah ada masa kita sering terlepas pandang pengorbanan anak sulung.
- Ibu bapa lebih garang dengan anak sulung
Kebiasaannya ibu bapa akan lebih garang dengan anak sulung dengan menetapkan peraturan dan larangan tertentu. Mereka juga memikul tanggungjawab yang berat dan sentiasa kena menjadi role model kepada adik-beradik.
- Anak sulung menjadi contoh kepada adik-beradik
Ini sesuatu benda yang norma dalam setiap keluarga. Anak sulung merupakan seorang yang adik-beradik pandang tinggi dan harapan ibu bapa yang pertama. Oleh kerana itu, bebanan dan tekanan terhadap anak sulung ini sangat tinggi. Mereka sudah tanam dalam fikiran bahawa mereka harus menjadi seorang yang sempurna di mata keluarga.
- Anak sulung selalu dipersalahkan
Mereka selalu dipersalahkan jika adik-adik membuat salah. Tanggungjawab anak sulung untuk menjaga adik-adik kecil dan menunjuk tingkah laku yang baik kepada mereka merupakan satu keistimewaan dan amalan yang mulia. Memang ia merupakan tanggungjawab yang berat tetapi ini yang membentuk mereka menjadi insan yang lebih displin.
- Banyak mengalah dengan adik-beradik
Anak sulung banyak mengalah dengan adik-beradik terutamanya kasih sayang ibu bapa. Mereka harus mengalah daripada mendapat perhatian daripada ibu bapa dan belajar untuk berkongsi dengan adik-adik kecil. Perasaan cemburu dan kecil hati semestinya ada tetapi kebanyakkan anak sulung cepat belajar erti kesabaran.
Sumber: Pesona Pengantin
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.