Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Empat Penjaga Cederakan Penguat Kuasa DBKL Ditahan

Aimi Amira Nordin
07 Mar 2025, 09:02 AM

2 penguat kuasa dbkl cedera diserang 4 orang penjaja tak berlesen

Foto: Tangkap Layar

Dua anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dilaporkan telah diserang oleh penjaja tidak berlesen termasuk seorang wanita di Jalan Tuanku Abdul Rahman di ibu kota, dalam dua kejadian berasingan semalam.

Memetik laporan Astro Awani, perkara itu dimaklumkan dan disahkan sendiri oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman.

Beliau berkata, wanita berusia 30 tahun itu ditahan reman dua hari sehingga Jumaat manakala tiga lelaki berusia 15 hingga 39 tahun itu direman tiga hari bermula Khamis.

“Kejadian pertama kira-kira pukul 11.30 pagi di Jalan Benteng, di sini itu berlaku ketika pegawai DBKL mengalihkan food truck yang menghalang lorong,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tindakan itu menurutnya, menyebabkan wanita pemilik food truck menghalang pengadu dan berlaku pergelutan.

"Akibatnya, pengadu mengalami kecederaan dan luka akibat digigit. Wanita terbabit berjaya ditahan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Sulizmie berkata, pada hari sama, kira-kira pukul 10.08 malam, polis menerima satu lagi laporan daripada pegawai penguat kuasa DBKL ketika membuat rondaan penjaja di sekitar Masjid India.

Menurutnya, ia membabitkan kekecohan petugas DBKL dengan beberapa orang penjaja di hadapan suatu premis perniagaan di Masjid India, di Kuala Lumpur.

Beliau menjelaskan, ketika melakukan penyuraian kekecohan, mereka dirempuh secara kasar dan menyebabkan pengadu jatuh.

Susulan kejadian itu, katanya, tiga lelaki tempatan berusia 15 sehingga 39 tahun ditahan bagi siasatan lanjut.

"Berdasarkan pemeriksaan, salah seorang daripada mereka mempunyai satu rekod lampau membabitkan kesalahan dadah," ujarnya.

Beliau memberitahu, kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.

Sementara itu, DBKL dalam kenyataan berkata dua laporan polis dibuat berhubung kejadian berkenaan kerana mendatangkan kecederaan kepada anggota penguat kuasa.

"DBKL memandang serius insiden provokasi serta mendatangkan kecederaan ke atas anggota penguat kuasa yang sedang menjalankan tugas pemantauan di Bazar Ramadan dan Aidilfitri.

"Tugas penguatkuasaan diambil bagi memastikan peniaga beroperasi secara sah dan memberi peluang kepada lebih ramai usahawan kecil untuk berniaga," kata kenyataan itu.

 

Sumber: Astro Awani

 

 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us