Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Pengurangan Yuran Pelajar Sehingga 35 Peratus Di Universiti Awam Sepanjang Pandemik COVID-19

Antara jenis yuran yang dikurangkan ialah Yuran Perkhidmatan, Yuran Asrama, Yuran Konvokesyen dan Yuran Aktiviti Kolej
nura
16 Jul 2021, 04:00 PM

Universiti Awam akan mengurangkan beberapa jenis yuran bagi membantu pelajar yang terjejas akibat masalah kewangan, bermula Semester Kedua Sesi Akademik 2019/20, hingga hari ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ia memaklumkan, antara jenis yuran yang dikurangkan ialah Yuran Perkhidmatan, Yuran Asrama, Yuran Konvokesyen dan Yuran Aktiviti Kolej, dengan purata antara 10 sehingga 35 peratus.

pengurangan yuran pelajar sehingga 35 peratus di universiti awam sepanjang pandemik covid-19

Menurut Kementerian lagi, kadar pengurangan itu adalah munasabah memandangkan 20 UA yang terbabit, terpaksa menanggung kos operasi yang tinggi.

“Pengurangan yuran bagi Semester Kedua Sesi Akademik 2019/2020 untuk semua pelajar warganegara Malaysia melibatkan peruntukan sebanyak RM75 juta yang mana RM20 juta merupakan peruntukan tambahan Kerajaan dan RM55 juta menggunakan sumber dalaman UA.

“Bagi Semester Pertama Sesi Akademik 2020/2021, pengurangan yuran sebanyak RM70.2 juta diberikan oleh Universiti Awam. Manakala, bagi Sesi Kedua Sesi Akademik 2020/2021 pula pengurangan sebanyak RM40.5 juta telah diberikan,” kata pihak KPT lagi.

 

 

Tambah lagi, kementerian turut berkata, langkah-langkah yang telah diambil ini jelas memperlihatkan keprihatinan Kerajaan dalam menangani bebanan kewangan yang dihadapi oleh pelajar dan ibubapa.

Selain itu, Kementerian berkata, 20 UA itu terpaksa menanggung kos operasi dengan menggunakan sumber peruntukan dalaman university, susulan penurunan penjanaan pendapatan menerusi yuran pelajar, selain pengurangan peruntukan mengurus oleh Kerajaan berikutan pandemik yang dihadapi kini.

Sumber: Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.