Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Bukit Aman Berjaya Kesan Penipuan Tawar Pakej Haji, Umrah Tahun 2021

Jika disabitkan kesalahan, hukuman penjara sehingga 10 tahun
 
10 Jun 2021, 07:16 PM

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesan satu bentuk penipuan berkaitan pakej haji, umrah dan badal haji bagi tahun 2021, yang ditawarkan beberapa agensi pelancongan sejak kebelakangan ini.

bukit aman berjaya kesan penipuan tawar pakej haji, umrah tahun 2021

Penawaran pakej sedemikian amat meragukan, kerana ia ditawarkan walaupun dalam tempoh negara dilanda wabak COVID-19, serta sekatan pergerakan penuh yang dikuatkuasakan kerajaan, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Kamarudin Md Din.

Sebelum ini, kerajaan turut menyatakan bahawa ia masih menunggu kelulusan  daripada pihak berkuasa Arab Saudi berkenaan kebenaran ibadah haji, serta kuota yang dibenarkan bagi musim 2021, ujar beliau.

PDRM melihat tindakan segelintir agensi pelancongan mengiklankan pakej haji, umrah mahupun badal haji bagi tahun 2021, adalah satu tindakan pramatang serta mungkin merupakan penipuan.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, boleh dijalankan terhadap mana-mana pihak yang didapati melakukan penipuan berhubung kes ini," katanya.

Jika disabitkan kesalahan, hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebatan atau kedua-duanya sekali, boleh dikenakan terhadap pesalah yang terlibat, tambahnya lagi.

bukit aman berjaya kesan penipuan tawar pakej haji, umrah tahun 2021

Beliau turut mengingatkan orang ramai, agar lebih berhati-hati dan membuat semakan yang sewajarnya dengan agensi kerajaan berkaitan, sebelum mengambil keputusan membuat bayaran dan menyertai mana-mana pakej yang ditawarkan.

"Orang ramai yang berminat untuk menunaikan ibadah haji dan umrah bagi tahun ini juga diingatkan, untuk sentiasa peka dengan perkembangan dan arahan terkini yang dikeluarkan pihak kerajaan, berkaitan sekatan perjalanan bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan," katanya.

bukit aman berjaya kesan penipuan tawar pakej haji, umrah tahun 2021

Pada 24 Mei lalu, kerajaan dan Lembaga Tabung Haji (TH) menyatakan yang mereka masih lagi menunggu pengumuman rasmi daripada Kerajaan Arab Saudi, berkaitan jumlah kuota jemaah haji negara, kriteria pemilihan, dan kaedah pelaksanaan ibadah untuk musim haji kali ini.

Namun, TH menasihatkan bakal haji Malaysia agar bersabar menunggu pengumuman rasmi mengenai status ibadah haji tahun ini, pada 4 Jun lalu.

Berikutan itu, Pengarah Eksekutif TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman menyatakan, pihaknya akan memaklumkan mengenai perkara itu kepada semua bakal haji, sebaik memperoleh keputusan rasmi daripada kerajaan Arab Saudi, meliputi jumlah kuota jemaah haji negara, kriteria pemilihan dan kaedah pelaksanaan ibadah haji bagi musim ini.

Sumber: Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.