Ramadhan Banner
Ramadhan Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

“Penjawat Awam Terjejas Kebakaran Putra Heights Diberi Cuti Kecemasan….” – KPPA

ROSTAM, Mohamad Firdaus
08 Apr 2025, 10:27 AM

“penjawat awam terjejas kebakaran putra heights diberi cuti kecemasan….” – kppaFoto: Harian Metro

Penjawat awam yang terkesan secara langsung dalam insiden kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya, Selangor pada 1 April lalu diberikan kebenaran khas untuk tidak hadir bertugas atas alasan kecemasan am.

Kebenaran ini diberikan selaras dengan peruntukan di bawah Ceraian SR.4.2.7 Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (PPSM), khusus kepada penjawat awam yang tinggal di kawasan yang terjejas akibat kejadian tersebut.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, telah mengeluarkan arahan ini menerusi surat pekeliling bertarikh 7 April, yang turut dikongsikan kepada umum melalui laman rasmi Facebook Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada hari ini.

Pekeliling tersebut telah dihantar kepada Ketua Setiausaha di semua kementerian, ketua-ketua jabatan di peringkat Persekutuan, Setiausaha Kerajaan Negeri, serta ketua-ketua badan berkanun di peringkat Persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan.

Menurut pekeliling berkenaan, kerajaan telah bersetuju untuk mengecualikan syarat kehadiran ke pejabat bagi pegawai-pegawai yang terlibat, dengan tujuan memudahkan proses permohonan tidak hadir kerja atas sebab kecemasan yang tidak dapat dielakkan.

Bagaimanapun, pengecualian ini tertakluk kepada dua syarat utama. Pertama, pegawai mestilah merupakan penduduk di kawasan yang terlibat secara langsung dengan insiden kebakaran. Kedua, pegawai berkenaan tidak mempunyai akses kepada sebarang kemudahan yang membolehkan mereka hadir ke pejabat atau melaksanakan tugasan dari rumah (work from home).

Tambahan itu, pekeliling turut menegaskan bahawa kemudahan pengecualian ini hanya terpakai secara khusus bagi insiden kebocoran dan kebakaran paip gas di Putra Heights.

“Ketua Jabatan boleh menilai dan menentukan tempoh ketidakhadiran yang munasabah berdasarkan situasi sebenar pegawai yang terlibat, dengan mengambil kira aspek kebajikan serta kelancaran perkhidmatan jabatan,” jelas Tan Sri Wan Ahmad Dahlan dalam kenyataan tersebut.

Untuk rekod, insiden kebakaran besar yang berlaku pada pagi Selasa, sekitar jam 8.10 pagi, telah melibatkan saluran paip gas milik Petronas. Kebakaran itu menyebabkan api menjulang sehingga lebih 30 meter tinggi dan suhu di lokasi dianggarkan melebihi 1,000 darjah Celsius. Operasi memadamkan api mengambil masa hampir lapan jam sebelum kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya.

Kejadian berkenaan memberi impak besar kepada penduduk di kawasan tersebut. Menurut laporan, sebanyak 81 buah rumah dilaporkan musnah sepenuhnya dengan kerosakan struktur melebihi 40 peratus. Selain itu, 81 rumah lagi mengalami kerosakan separa, 57 rumah terkesan tanpa kebakaran manakala 218 buah rumah disahkan tidak mengalami sebarang kerosakan.

Pihak berkuasa dan agensi berkaitan kini giat menjalankan kerja-kerja bantuan, pemulihan serta penilaian kerosakan bagi memastikan kesejahteraan penduduk terjejas dapat dipulihkan dalam tempoh terdekat.

Sumber: Harian Metro

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us