Tahukah anda? Bencana banjir yang berlaku ketika ini di negara boleh mengundang kepada kemalangan jiwa dan menjadi punca penyakit.

Air banjir boleh menjadi penyebab seseorang individu itu terdedah kepada penyakit bawaan banjir.
Bagi ibu bapa, awasi dan pantau aktiviti anak-anak anda ketika musim banjir ini bagi mengelakkan perkara tersebut berlaku.
Ini kerana air banjir telah dicemari oleh najis atau kotoran dari pembentungan, loji kumbahan dan lain-lain.
Malah, penyakit bawaan banjir boleh ditularkan apabila terminum air yang tercemar atau melalui kulit yang luka.
Jadi, usah ambil ringan terhadap perkara ini dan jangan biarkan anak-anak bermain dengan air banjir.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.