Penyakit ‘Joker’ ini dianamakan sebagai PseudoBulbar Affect(PBA) dimana pesakitnya akan mengalami ketawa atau menangis yang sukar dikawal. Ia dikaitkan dengan ‘Joker’ disebabkan baru-baru ini filem ‘Joker’ arahan Todd Philips melambangkan dunia reality dimana mengisahkan tentang seorang lelaki yang mengalami ‘penyakit gelak’ yang sukar dikawal.
Seseorang orang yang mengalami PBA ini tidak mampu untuk mengawal ketawa atau tangisan ketika berada di dalam situasi yang tidak sepatutnya.

Dalam video dibawah ini, salah seorang daripada pesakit PBA telah dikatakan gila apabila dia sukar mengawal ketawanya semasa majlis pengkebumian neneknya.
Itulah penderitaan pesakit-pesakit PBA. Mereka sering berasa tertekan dan depresi yang akan mempengaruhi kehidupan harian mereka.
Sumber : WorldOfBuzz
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.