
Pepatung merupakan sejenis serangga yang dikategorikan berdasarkan ciri-ciri mata bersegi besar, mempunyai 2 pasang sayap yang kuat dan lutsinar, dan berbadan panjang. Pepatung juga merupakan serangga yang paling laju terbang.

Pepatung memakan nyamuk, dan pelbagai serangga kecil lain seperti lalat, lebah, semut dan kupu-kupu. Ia biasanya boleh dijumpai di sekitar tasik, kolam, sungai dan tanah lembap.
Apa yang menarik tentang serangga ini ialah pepatung betina akan berpura-pura mati untuk mengelakkan diri mereka daripada mengawan dengan pepatung jantan yang tidak diingininya.

Selain mengelak daripada pepatung jantan, pepatung juga pura-pura mati apabila berhadapan dengan pemangsa yang cuba menyerang mereka.
Sumber: New Scientist
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.