Kredit gambar utama: Shutterstock
Anda familiar dengan perkataan early bird? Iya, itulah terma yang selalu digunakan untuk orang terawal.
Ada macam-macam tawaran menarik menanti golongan early bird ni. Ada yang memberi diskaun istimewa dan tidak kurang juga mereka yang selalu awal ni mempunyai kelebihan untuk membuat pilihan tentang banyak perkara dan membawa pulang banyak hadiah menarik.
Dan jika di majlis jamuan, menjadi orang terawal bermakna boleh memilih makanan yang berkenan di hati. Untung kan jadi orang terawal ni?
Dan jika anda jadi orang terawal yang membayar cukai tanah dengan Pentadbiran Tanah Johor, anda berpeluang membawa pulang berbagai hadiah menarik. Bayar cukai tanah dapat hadiah?
Iya, Pentadbiran Tanah Johor sedang mengadakan Kempen Pembayaran Cukai Tanah Terawal khas untuk 1,000 pembayar cukai tanah terawal yang membuat bayaran di portal online. Kempen ini bermula pada 1 Januari 2019, jam 10 pagi.
Kredit: Shutterstock
Antara hadiah menarik yang menanti anda termasuklah dinar edisi khas pos Ar Rahnu, barangan kemas seperti gelang loket dan rantai serta barangan elektronik seperti mac book dan iphone. Anda juga berpeluang membawa pulang pakej percutian, sijil simpanan premium dan beberapa lagi hadiah menarik lain.
Nama para pemenang bertuah akan diumumkan melalui portal Pentadbiran Tanah Johor, Instagram dan Twitter PTJohor serta facebook Pentadbiran Tanah JHR.
Jangan lupa “Follow, Share dan Like” IG, Twitter dan FB Pentadbiran Tanah Johor dan SHARE seberapa banyak info untuk membawa pulang Koleksi Emas Ar Rahnu 0.5g.
Layari website Pentadbiran Tanah Johor, hubungi mana-mana pejabat tanah berhampiran atau hubungi Pentadbiran Tanah Johor di talian 07-266 6880 untuk sebarang info dan pertanyaan tentang cukai.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.