Baru-baru ini, sebuah video tular yang memaparkan pergunungan di wilayah barat Arab Saudi menghijau dan tumbuh-tumbuhan mula subur termasuk kawasan sekitar selepas hujan lebat beberapa minggu lalu.

Malah, Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) berjaya merakamkan imej satelit Terra yang menunjukkan keadaan luar biasa kawasan padang pasir yang kini semakin menghijau.
Sejak Disember 2022, beberapa bahagian di Riyadh telah menyaksikan kerpasan (hujan, hujan batu dan salji yang terhasil daripada pemeluwapan wap air) pada kadar yang hampir berterusan untuk tempoh yang lebih panjang berbanding tahun sebelumnya pada sudut luar biasa merentasi Mesir dan utara.
Satelit Sentinel-2 yang merakamkan permukaan terkini kawasan gurun yang ‘menghijau’ itu di bawah Program Copernicus, sistem pemantau bumi Kesatuan Eropah (EU).
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.