
Foto: Instagram
Isu keganasan rumah tangga melibatkan pelakon dan pengarah popular Indonesia, Bang Wong dan isteri, Paula Verhoeven semakin menjadi bualan hangat netizen.
Memetik laporan detik.com, dalam perbicaraan menuntut cerai, Paula bertindak membawa seorang ahli forensik digital dikenali sebagai Abimanyu untuk menjadi saksi kepada kes keganasan yang didakwa dilakukan Baim.
Terbaru, Abimanyu memberitahu bahawa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dianalisis menunjukkan berlaku kekerasan dan sentuhan terhadap Paula.
"Ada bukti CCTV dalam suatu ruangan di mana terjadi pertikaian antara Baim dan Paula," katanya ketika perbicaraan kes perceraian, baru-baru ini.
Abimanyu turut menegaskan bahawa rakaman CCTV itu memperlihatkan sentuhan fizikal termasuk hentakan keras yang menyebabkan salah satu pihak terkesan.
"Di CCTV bukti hentakan keras dan terkena kepada salah seorang hingga terluka," katanya.

Foto: Instagram
Sementara itu, peguam mewakili Paula, Ainul Yaqin menjelaskan, pihaknya sudah menyerahkan 42 bukti merangkumi surat dan elektronik.
Bagaimanapun, Baim pula menafikan melakukan sentuhan fizikal terhadap Paula ketika ditemui media selepas perbicaraan.
Untuk makluman, permohonan perceraian antara dua figura itu telah disahkan pada 8 Oktober tahun lalu, selepas hampir enam mendirikan rumah tangga.
Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, sebelum keputusan mahu bercerai diambil, hubungan Baim dan Paula menjadi perbincangan ramai.
Netizen kemudian mula berspekulasi bahawa ada tanda keretakan rumah tangga kerana mereka semakin jarang dilihat bersama di publik.
Untuk rekod, Baim berkahwin dengan Paula pada 2018 dan dikurniakan dua anak lelaki, Kiano Tiger Wong dan Kenzo Eldrago Wong.
Sumber: Detik.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.