Sebanyak 50 peratus penduduk Malaysia menghidap sekurang-kurangnya satu penyakit tidak berjangkit (NCD) iaitu tekanan darah tinggi, kencing manis dan kolesterol tinggi.

Ia terbukti dengan hasil kajian Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 terhadap penyakit tidak berjangkit itu.
Menurut kenyataan Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa, beliau berkata dapatan tersebut juga mendapati, prevalens kencing manis di Malaysia adalah tertinggi di Asia Tenggara.
Ia mencatatkan peningkatan ketara daripada 11.2 peratus pada 2011 kepada 18.3 peratus pada 2019.
“Kencing manis menyebabkan pelbagai komplikasi kepada penghidapnya. Seorang penghidap kencing manis berisiko untuk mendapat penyakit jantung, strok, kerosakan saraf, mata dan kegagalan buah pinggang.
“Laporan Registri Diabetik Kebangsaan (2020) mendapati 10.6 peratus pesakit diabetes menghidap kerosakan mata, 5.86 peratus menghidap penyakit jantung dan 1.79 peratus menghidap strok.
“Sebanyak 14.38 peratus mengalami gangguan fungsi buah pinggang. Laporan Pelan Strategi Mengurangkan Beban Penyakit Buah Pinggang Kronik mendapati 65 peratus daripada pesakit yang memerlukan rawatan dialisis, adalah dalam kalangan pesakit kencing manis,” katanya.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.