Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Pesara dan Golongan Profesional Sasaran Utama ‘Scammer’ di Kelantan

IDRUS, Husna Najwa
30 Apr 2025, 11:18 AM

pesara dan golongan profesional sasaran utama ‘scammer’ di kelantan

Foto: Bernama

Statistik terkini menunjukkan peningkatan mendadak dalam kes penipuan dalam talian di Kelantan, dengan 89 kes tambahan direkodkan bagi suku pertama tahun 2025 berbanding tempoh sama pada tahun lalu. Ini mewakili peningkatan sebanyak 33.3 peratus, menjadikan jumlah keseluruhan bernilai kerugian mencecah RM8.79 juta. 

Menurut infografik yang dikeluarkan oleh Bernama, jenayah ini kini berlaku hampir setiap hari, dengan modus operandi yang semakin licik dan sukar dikesan. 

Jenis Penipuan Tertinggi: 

- Phone scam (Macau Scam): 113 kes 

- Penipuan e-dagang: 74 kes 

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, menjelaskan bahawa kebanyakan kes e-dagang melibatkan pembelian kenderaan dan permohonan pinjaman wang secara dalam talian. Apa yang lebih membimbangkan, golongan pesara dan profesional merupakan sasaran utama para scammer. 

“Golongan ini mudah terpedaya dengan permintaan pemanggil scammer walaupun mereka berpendidikan tinggi,” jelas beliau.  

Pihak polis menyeru orang ramai agar lebih berhati-hati dan berwaspada terhadap sebarang tawaran dalam talian yang mencurigakan, terutama sekali yang melibatkan wang dan maklumat peribadi. 

Dengan kes yang semakin meningkat, pihak berkuasa menggesa agar masyarakat memainkan peranan dalam menyebarkan kesedaran serta melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak polis dengan segera. 

Adakah anda cukup bersedia untuk melindungi diri daripada menjadi mangsa penipuan siber? 

Sumber: Bernama 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us