Bentuk muka bumi sekarang ini adalah berbeza dengan jutaan tahun lalu, disebabkan pergerakkan plat bumi, hentaman meteor dan juga ketinggian paras air laut.
Pernah terfikir tak bagaimana rupa bumi pada jutaan tahun lalu, dan di mana agaknya kedudukan negara Malaysia ketika itu?
Dengan Ancient Earth Globe, sebuah perisian atas talian telah dilancarkan beberapa tahun yang lalu oleh pakar paleontologi Ian Webster.
Beliau yang mengumpulkan pelbagai siri data, telah menukarkan ia kepada bentuk interaktif yang membolehkan anda memilih lokasi dan juga garis masa bumi yang berbeza.
Berikut adalah kedudukan Malaysia, serta negara-negara lain serata dunia pada 240 juta tahun yang lalu:
Anda boleh cuba peta interaktif ini disini: Ancient Earth Globe
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.