Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Mulut Berbau Dan Susah Turun Berat Badan, Antara Petanda Toksin Berlebihan Dalam Badan

Badan anda mungkin mempunyai toksin yang disimpan selama bertahun-tahun.
Editor
08 Mar 2021, 07:00 AM

Toksin adalah sejenis bahan yang menyebabkan kesan berbahaya kepada tubuh badan. Sistem imun, hati dan buah pinggang akan berusaha bersama-sama untuk menghilangkan toksin pada kadar yang sama.

Kalau tahap toksin dalam badan melebihi keupayaan tubuh untuk membuangnya, ia akan terkumpul dan disimpan sehingga ia boleh dikeluarkan. Badan anda mungkin mempunyai toksin yang disimpan selama bertahun-tahun tanpa mengalami sebarang simptom negatif. Tapi jika anda mula berasa sakit apabila tahap toksin menjadi terlalu tinggi. Jadi apakah tanda-tanda toksin berlebihan dalam tubuh badan?

1. Sentiasa keletihan

mulut berbau dan susah turun berat badan, antara petanda toksin berlebihan dalam badan

Bagaimana anda menghadapi keletihan? Jika jawapan anda adalah “minum lebih banyak kopi” atau “makanan manis,” anda hanya membuat masalah lebih teruk. Keletihan itu juga boleh menjadi tindak balas kepada gangguan hormon yang mengetepikan sistem pertahanan tubuh badan atau imun anda.

2. Kesukaran menurunkan berat badan

mulut berbau dan susah turun berat badan, antara petanda toksin berlebihan dalam badan

Nak turun berat badan memang susah untuk dilakukan. Tetapi jika anda bersenam setiap hari, mengurangkan kalori dan masih bertambah berat, anda boleh melihat masalah pada hormon. Fungsi hormon semulajadi seseorang sangat dipengaruhi oleh toksin dalam makanan dan produk penjagaan diri. Anda memerlukan diet detoks atau nyah-toksin lengkap dan rutin penjagaan diri untuk memberikan peluang kepada anda melawannya.

3. Sembelit

mulut berbau dan susah turun berat badan, antara petanda toksin berlebihan dalam badan

Usus menghilangkan banyak toksin setiap hari dalam kehidupan. Apabila mengalami sembelit, itu bermakna kita menyimpan semua toksin tersebut, menyebabkannya memberi kesan negatif terhadap tubuh. Selain sakit perut, sembelit boleh menyebabkan sakit kepala dan keletihan. Ia juga boleh dikaitkan dengan toksin dalam hidup anda, terutamanya jika anda memakan banyak makanan yang diolah dengan bahan kimia, racun perosak dan pengawet.

4. Sakit otot

mulut berbau dan susah turun berat badan, antara petanda toksin berlebihan dalam badan

Toksin sebenarnya memberi kesan kepada otot dan sendi anda. Sekiranya anda tidak melakukan aktiviti fizikal untuk menyingkirkan toksin menerusi peluh, toksin akan sentiasa bertambah serta mendominasi otot dan sendi sehingga mengakibatkan keadaan kesihatan kritikal yang lain.

5. Nafas berbau

mulut berbau dan susah turun berat badan, antara petanda toksin berlebihan dalam badan

Nafas berbau boleh dikaitkan dengan masalah pencernaan, tetapi ia juga boleh bermakna bahawa hati anda sedang bergelut untuk menyingkirkan toksin dalam tubuh anda.

6. Masalah kulit

mulut berbau dan susah turun berat badan, antara petanda toksin berlebihan dalam badan

Jerawat, ruam, dan masalah kulit yang lain mungkin menandakan toksin yang berlebihan. Jerawat, khususnya, boleh dikaitkan dengan toksin dalam diet atau produk penjagaan kulit anda. Mata bengkak dan ekzema atau wabak psoriasis juga boleh menjadi tanda bahawa anda mencapai kapasiti toksin yang boleh ditanggung oleh tubuh anda.

7. Peka terhadap bau

mulut berbau dan susah turun berat badan, antara petanda toksin berlebihan dalam badan

Sekiranya anda memberi tindak balas terhadap bahan-bahan yang mempunyai bau-bauan seperti wangian khususnya, badan anda mungkin cuba memberitahu anda bahawa ia terlalu sensitif terhadap bahan kimia.  Ia juga boleh bermakna bahawa tubuh anda sedang melawan toksin berlebihan. Terutama jika anda mengalami sakit kepala atau sakit perut hanya dari aroma.

Sumber: Hello Doktor

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.