Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Ada Beberapa Petua Yang Boleh Bantu Dalam Dapur Bagi Memudahkan Kerja Memasak!

Ini ada beberapa panduan dan tip yang boleh membantu anda dalam dapur.
nura
30 Apr 2021, 07:00 AM

Ilmu dan petua berada dalam dapur ini sangat luas, ada ilmu yang dikongsi secara turun temurun. Tidak kira dari segi cara simpan bahan mentah, tip memasak, petua nak sedapkan masakan, mudahkan kerja-kerja di dapur dan sebagainya. 




Jadi sebab itu kita perlu tahu serba sedikit petua berada di dapur. Ini ada beberapa panduan dan tip yang boleh membantu anda.

1. Elak pedih mata kupas bawang merah
Rendam bawang dalam air garam 5-10 minit, selepas itu dah boleh mula kupas bawang tanpa rasa sedih.

2. Elak ikan goreng melekat di kuali
Panaskan kuali dan goreng 2 atau 3 asam keping, baru boleh goreng ikan tanpa rasa risau. Minyak juga tak akan terpercik.

3. Nak bagi sambal warna cantik

ada beberapa petua yang boleh bantu dalam dapur bagi memudahkan kerja memasak!

Kalau nak bagi sambal merah sedap dan cantik, masak lada atau cili dengan lama dan gunakan gula merah.

4. Masak rendang
Kalau nak buat rendang, lebih baik guna bawang kecil dari bawang besar. Ini sebab bawang besar boleh buat makanan cepat basi.

5. Kurangkan masin dalam makanan 
Terlebih letak garam dalam masakan itu perkara yang biasa, tapi jangan risau ada cara nak kurangkan rasa masin. Cuba letak kentang sampai masak sepenuhnya, ini akan kurangkan masinnya.

6. Tomato kekal segar

ada beberapa petua yang boleh bantu dalam dapur bagi memudahkan kerja memasak!

Nak simpan tomato supaya ia tidak cepat busuk atau lembik. Simpan dalam bekas bertutup dan jangan basuh tomato. Bila nak masak atau makan baru basuh.

7. Timun kekal rangup
Kalau nak merangupkan timun, boleh potong siap-siap timun dan rendam dalam air kapur sirih. Bilas timun dalam air, kesannya timun rangup walaupun berejam simpan.

8. Elak nasi cepat basi
Kena cuci beras bersih-bersih. Masa nak masak nasi, letak 2 atau 3 cubit garam. Nasi boleh tahan lama.

9. Taugeh kekal segar
Rendam taugeh dalam air garam dan simpan dalam peti ais.

10. Mudah kupas telur rebus
Selepas rebus telur, sejukkan dulu telur, boleh rendam dalam ais batu. 

11. Ayam goreng sedap dan rangup

ada beberapa petua yang boleh bantu dalam dapur bagi memudahkan kerja memasak!

Nak dapatkan ayam goreng yang sedap, tumbuk lumat 2 atau 3 ulas bawang putih untuk setengah ekor ayam, lumur garam dan kunyit. Masak sampai garing. Kalau nak ayam yang rangup, perah sebiji limau nipis dalam minyak, kemudian masukkan ayam.  Memang confirm sedap!

12. Nasi lemak cepat masak
Nak bagi nasi lemak cepat masak, masukkan sebatang garpu atau sudu ke dalam periuk nasi yang bakal dimasak. Biarkan dalam periuk sehingga nasi dah masak. 

13. Tauhu tahan lebih lama

ada beberapa petua yang boleh bantu dalam dapur bagi memudahkan kerja memasak!

Supaya tauhu tahan lama, randam dalam air panas sampai dah sejuk. Lepas itu baru boleh simpan dalam peti ais, simpan berhari-hari masih elok lagi tauhu itu.

14. Pekatkan kuah sup
Bila nak buat sup, akan terlebih letak air sampai sup menjadi cair. Jadi kalau nak pekatkan sup, masukkan sedikit kentang rebus yang dilecek. Sup akan jadi lebih sedap dan pekat.

15. Mata pisau blender kekal tajam
Kisarkan garam biasa di dalam blender sehingga beberapa minit. Kena buat ni setiap bulan, mata pisau blender akan kekal tajam. Tak perlu beli baru dah! 

Semoga tip dan petua ini bermanfaat dalam urusan memasak dan kerja-kerja dapur.

Sumber: Mingguan Wanita
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

function showbutton() { var x = document.getElementById("full-ads"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } } function showbutton1() { var x = document.getElementById("half-ads-hidden"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } }