Telur merupakan bahan yang paling senang untuk dimasak. Ia boleh menjadi lauk tambahan, dan jugak utama. Telur meruupakan antara bahan masakan yang versatail. Mari kita kongsikan beberapa tips bagi menyediakan telur yang lazat dan sempurna.

- Letak sedikit air di dalam kuali
Wap panas yang akan terhasil dapat membanti memasak bahagian atas telur tersebut, sekiranya kita ingi membuat telur mata yang cantik. Tak perlu banyak usik dan boleh ditutup sebentar kuali kita.
- Pecahkan telur di dalam mangkuk
Terkadang serpihan kulit telur termasuk ke dalam kuali jika kita terus pecahkannya. Dengan memecahkan telur ke dalam mangkuk terlebih dahulu, kita dapat mengenal pasti sekiranya terdapat serpihan kulit yang terjatuh. Sangat tak best kalau makan telur tergigit kulit.
- Gunakan mentega
Nak tahu macam mana nak hasilkan telur campur yang enak, lazat lagi mengiurkan? Gunakan mentega sebagai bahan goreng anda. Pastikan api berada pada sederhana supaya mentega tidak terhangus.
- Pukul telur lebih lama
Dengan memukul telur dengan lebih lama, ia dapat mengudarakan telur tersebut supaya ia menjadi lebih gebu-gebas.
- Telur separuh masak yang sempurna
Untuk mendapatkan hasil telur separuh masak yang lebih berkaliber, rendamkan telur anda ke dalam air sejuk sebaik sahaj keluar daripada air rebusan. Ini akan menghentikan proses memasak telur tersebut dan telur anda tidak akan terlebih masak.
Dengan tips-tips yang dikongsikan ini, diharapkan anda dapat memasak telur yang lebih berkualiti dan lazat. Yum!
Sumber: MyResipi
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.