
Kami nak berkongsi dengan anda petua untuk diamalkan supaya Allah memelihara rumah serta harta-benda kita dari dimasuki oleh pencuri atau dimasuki oleh jin. InshaAllah.
Ketika rumah anda telah dikunci dengan rapi, maka letakkan tapak tangan kanan anda ke pintu atau dinding rumah dan bacalah ayat-ayat doa seperti berikut :
1) Mengucap dua kalimah syahadah.. (1x)
2) Berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.. (3x)
3) Baca Ayatul Kursi.. (1x)
4) Baca Surah Yasin ayat ke-9.. (1x)
“Wa ja’alna mim baini aidihim saddaw wamin kholfihim saddan fa aghsyaina hum fa hum laa yubsiruun”
Bermaksud : “Dan KAMI adakan di hadapan mereka dinding-dinding dan di belakang mereka dinding-dinding (pula), dan KAMI menutup mata mereka sehingga mereka tidak dapat melihat”.
5) Lafazkan “Bismillahitawakkaltu’Alallah” ; “La haulawala khuwwata illabillah ‘ill ‘Aliyil ‘Aziim”
Semoga kita mendapat perlindungan Allah jua.
Sumber dari Pusat Rawatan As-Syifa,An-Nur.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.