Kesihatan gigi amatlah penting sebab itu disarankan untuk kita memberus gigi dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam.

Tapi persoalannya sekarang ini, berapa banyak ubat gigi yang diperlukan setiap kali nak memberus gigi? Ada orang akan picit ubat gigi dari awal hingga ke hujung berus gigi.
Ada kala, kita akan tambah lagi ubat gigi sebab rasa gigi mereka tidak dibersihkan dengan baik.
Namun, menurut kata doktor gigi, Dr Gao Hye Teh kepada Health, kita tidak perlu menggunakan terlalu banyak ubat gigi dan cukup sekadar dengan sekali picit dengan ukuran sebesar biji kacang pea.

Bahkan, jika kita menggunakan ubat gigi terlalu banyak ia boleh memberi kesan kepada gigi terutamanya kepada kanak-kanak yang mempunyai struktur gigi yang belum sempurna.
Kenapa? Ini disebabkan kandungan florida yang ada dalam ubat gigi sangatlah aktif dalam melindungi lapisan enamel gigi agar tidak mudah berlubang.
Jadi, florida ini berbahaya jika kita sering sekali tertelan yang boleh menyebabkan fluorosis gigi.
Fluorosis ini adalah kelainan pada pada lapisan enamel gigi yang disebabkan oleh pengambilan florida berlebihan.
Biasanya tanda lebihan florida ini dapat dilihat apabila terdapat garisan putih pada gigi dan semakin lama ia akan bertukar warna kuning, coklat atau hitam pada gigi.
Sumber: Health
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.