Kerajaan baru sahaja mengumumkan bahawa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dilanjutkan sehingga 18 Februari ini. Rentas negeri dan aktiviti sosial masih lagi tidak dibenarkan sepanjang pelaksanaan PKP.
Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat berikutan peningkatan kes dan kluster membabitkan aktiviti rentas negeri.
"Saya nak maklumkan setiap keputusan yang dibuat adalah berdasarkan data yang telah pun dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).
"Rentas negeri sehingga har ini apabila kita buka rentas negeri suatu ketika dahulu, ianya menyumbang kepada kes positif dan terdapat 31 kluster berkaitan rentas negeri.
"Sebab itu kita memberikan penekanan rentas negeri tidak boleh diberikan (kerana) ianya memberikan peningkatan kes positif," katanya dalam sidang media.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.