Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Planet Mirip Saiz Bumi Ditemui, Lautan Lava Panas Dan Hujan Adalah Batu!

Terletak beratus-ratus tahun cahaya, planet ini dianggap sebagai ekstrem
Editor
16 Nov 2020, 07:05 PM

Para saintis telah menjelajah ke seluruh angkasa bagi mencari planet-planet yang jauh dari Bumi. Meskipun beberapa planet sangat mirip dengan planet Bumi dan dilihat sebagai lokasi yang mungkin sesuai untuk wujud kehidupan, banyak faktor lain yang menidakkan sebarang hidupan untuk bertahan diatasnya.

Planet K2-141b, sebuah planet yang panas terik terletak beratus-ratus tahun cahaya, dianggap sebagai salah satu planet yang paling "ekstrem" pernah ditemui.

planet bersaiz bumi ditemui, lautannya adalah lava panas, hujannya adalah batu

Satu kajian baru yang menjelaskan keadaan di planet ini kini telah diterbitkan dalam Persatuan Astronomi Diraja dan menyebut planet tersebut sebagai 'planet lava'.

Ini adalah kerana planet ini sangat dekat dengan bintang yang mengorbitnya, sehingga dipenuhi dengan lautan lava yang mengalir. Selain lava cair yang mengalir di permukaannya, planet ini mempunyai kelajuan angin dan hujan supersonik yang terbuat dari batu, kesan daripada atmosferanya yang terdiri daripada wap batu.

planet bersaiz bumi ditemui, lautannya adalah lava panas, hujannya adalah batu

Penemuan itu dibuat oleh saintis dari Universiti McGill, Universiti York dan Institut Pendidikan Sains India. Pengkaji, Giang Nguyen menjelaskan "Kajian ini adalah yang pertama membuat ramalan mengenai keadaan cuaca di K2-141b yang dapat dikesan dari jarak beratus tahun cahaya dengan teleskop canggih seperti Teleskop Angkasa James Webb."

Berdasarkan penemuan ini, K2-141b ternyata adalah planet yang agak unik. Dengan ukuran yang mirip dengan Bumi, eksoplanet ini nampaknya memiliki permukaan, lautan dan atmosfera yang semuanya terdiri daripada batuan cair. Ia juga ada satu sisi planet yang mengalami cahaya siang berkekalan, manakala satu sisi lagi adalah malam.

Suhu pada bahagian siang boleh mencapai sehingga 5,400 darjah Fahrenheit (2,983 °C), yang mana ia cukup mencairkan batu, sehingga menjadi cairan lava.

planet bersaiz bumi ditemui, lautannya adalah lava panas, hujannya adalah batu

Manakala bagi sisi lain yang tidak pernah menerima sinar matahari, bahagian ini mengalami kegelapan berterusan, dengan suhu sejuk negatif 328 darjah Fahrenheit (-200°C).

Para saintis juga meramalkan planet ini akan mengalami perubahan, dan akan membentuk planet seakan bumi.

"Semua planet berbatu, termasuk Bumi, dibentuk dengan batuan cair yang disejukkan. Planet lava memberi kita gambaran akan berlaku evolusi pada planet ini," kata pengkaji bersama, Nicolas Cowan.

Sumber: Indian Express

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

function showbutton() { var x = document.getElementById("full-ads"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } } function showbutton1() { var x = document.getElementById("half-ads-hidden"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } }