Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menjadi individu pertama di negara ini yang disuntik dengan vaksin COVID-19.
Beliau menerima suntikan vaksin dos pertama keluaran Pfizer-BioNTech yang tiba di negara ini pada Ahad lalu.
Pada jam 2.42 petang tadi, beliau disuntik oleh Ketua Jururawat Kesihatan, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Putrajaya, Lina Ibrahim.
Turut bersama disuntik hari ini adalah Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah serta empat petugas kesihatan dari Klinik Kesihatan Putrajaya.
Kesemua penerima vaksin akan dipantau selama 30 minit selepas disuntik sebelum diberikan pelepasan.
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dilaksanakan dalam tiga fasa bermula 24 Feb dengan Fasa 1 dari Februari hingga April 2021 untuk kumpulan petugas barisan hadapan melibatkan 500,000 orang.
Fasa 2 pula iaitu dari April hingga Ogos membabitkan kumpulan warga emas berumur 65 tahun ke atas, golongan berisiko tinggi serta orang kurang upaya melibatkan 9.4 juta orang, manakala Fasa 3 dari Mei 2021 hingga Februari 2022 untuk penduduk di Malaysia berumur 18 tahun ke atas - warganegara dan bukan warganegara - dengan sasaran lebih 13.7 juta orang.
Pendaftaran untuk vaksin COVID-19 juga sudah boleh dibuat menerusi aplikasi MySejahtera.
Sumber:
Astro Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.