Oleh kerana tidak memakai pelitup muka ketika menghadiri mesyuarat, Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha didenda 6,000 baht atau RM782.
Beliau ketika itu menghadiri mesyuarat bersama penasihat pemerolehan vaksinnya.
Pada Isnin, pihak berkuasa Bangkok menguatkuasakan perintah wajib pemakaian pelitup muka termasuk di dalam kenderaan yang melebihi seorang penumpang.
Laporan tersebut dilakukan oleh Gabenor Bangkok Aswin Kwanmuang, yang memuat naik entri di laman sosial Facebooknya memaklumkan telah membuat aduan terhadap Perdana Menteri itu kepada polis.
Siasatan mendapati Chan-o-cha bersalah kerana tidak memakai pelitup muka dan diminta membayar denda.
Pihak berkuasa tempatan menetapkan denda bagi maksimum bagi kesalahan itu sebanyak 20,000 baht dan minimum 6,000 baht.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.