Seorang pemandu terkejut apabila melihat dua entiti menyerupai pocong duduk di belakang lori yang sedang bergerak.

Menurut perkongsian di laman media sosial, video tersebut memaparkan perakam sedang memandu di jalan Bukittinggi-Padang, Sumatera pada waktu malam.
Dia kemudian melihat dua entiti menyerupai pocong duduk di belakang lori yang dipandu di hadapan keretanya.
Namun, apa yang menjadi tumpuan adalah dua entiti itu kelihatan seperti manusia yang sedang berbual dengan salah satu daripadanya bertubuh sedikit gempal.
Video tersebut telah tular di media sosial dan pelbagai tanggapan serta reaksi warganet terhadap situasi itu.
Setakat ini, situasi tersebut masih tidak dapat dijelaskan sama ada ia adalah pocong sebenar atau dua manusia yang memakai kostum pocong.
Sumber: Kosmo Online / Berita Otosia
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.