Pesakit demam denggi biasanya akan menjadi teruk disebabkan oleh radangan di salur darah. Tanda-tanda yang biasa termasuklah muntah, pitam dan sakit di bahagian abdomen. Salur darah di dalam badan pesakit demam denggi boleh mengalami kebocoran dan menyebabkan isi padu darah berkurangan. Ini boleh menyebabkan pesakit mengalami renjatan (shock) dan akhirnya boleh menyebabkan kematian.
Tiada ubat khas yang boleh digunakan untuk merawat demam denggi, selain dimasukkan ke hospital bagi rawatan rehidrasi.
Justeru, langkah pencegahan perlu diambil seperti memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk Aedes dan juga langkah tambahan dengan menanam tumbuhan yang berfungsi menghalau nyamuk.
Menurut laman idengue oleh KKM, terdapat 9 tanaman yang didapati berkesan menghalau nyamuk dan juga serangga-serangga lain iaitu:
1. Bunga tahi ayam
2. Serai wangi
3. Bunga selasih
4. Akar wangi
5. Aloe vera / Lidah Buaya
6. Floramaster
7. Tongkat ali
8. Mahagoni/Mambu
9. Jeremin.
Sumber: idengue KKM
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.