Setiap nyawa yang dicipta sudah pasti hadir dengan fungsi masing-masing tidak kira manusia, binatang mahupun tumbuh-tumbuhan.
Tumbuhan-tumbuhan terutamanya pokok memberi manfaat yang paling penting kepada manusia iaitu mengeluarkan oksigen, ia juga merupakan sumber makanan, tempat tinggal, dan pengawalan suhu iklim.
Selalunya kkita dengar pokok-pokok boleh dengar perbualan atau perbicaraan kita.
Namun tahukah anda saintis ketika ini sedang membuat kajian dan cuba mendalami bahasa pokok.
Menerusi satu persidangan, ‘TED Talk’, seorang ahli ekologi, Suzanne Simard, sudah mengkaji tumbuh-tumbuhan di hutan selama 30 tahun, menjelaskan pokok juga sama seperti manusia, mempunyai bahasa tersendiri dan berkomunikasi sesama mereka.
Tambahnya lagi, hutan sebenarnya ‘lebih’ dari apa yang di lihat manusia dengan mata kasar, malah ia bukan sahaja bertutur sesama mereka malah membantu sesama sendiri.
Simard juga merupakan seorang professor di University of British Colombia difahamkan sedang merungkai ‘rangkaian’ yang digunakan kawanan flora tersebut dalam memahami bahasa mereka.
Sumber: TED Talk
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.