
Sekeping gambar yang dimuatnaik di media sosial mendapat perhatian Netizen iaitu gambar potret keluarga yang mengenakan pakaian baju raya. Netizen beranggapan bahawa gambar itu adalah seperti gambar keluarga poligami namun tanggapan ini telah disangkal oleh pemilik gambar yang bernama Fatihah Faizur.
Menurut Fatihah Faizur, gambar yang dimuat naik itu adalah gambar adik beradik kandung bersama dengan adik beradik tirinya, hasil perkahwinan kedua bapa mereka.

"My siblings picture turns out to be family picture," tulisnya di Twitter yang turut ketawa dengan tanggapan netizen itu.
"Okeylah saya kongsi sedikit kisah saya. Ketika berusia 15 tahun, saya dapat ibu kedua. Jadi, ada jarak usia yang agak jauh di antara kami dengan adik-beradik.
"Sudah sembilan tahun berlalu. Alhamdulillah kami masih kekal sebagai satu keluarga," jelas Fatihah.




Sumber dari Twitter Fatihah Faizur
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.