Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Polis Siasat Penganjuran Perlumbaan Basikal Lajak di Damansara Damai

IDRUS, Husna Najwa
23 May 2025, 10:36 AM

polis siasat penganjuran perlumbaan basikal lajak di damansara damai

Foto Hiasan 

Polis kini sedang menyiasat penganjuran perlumbaan basikal lajak yang dirancang berlangsung di Damansara Damai esok. 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar, berkata pihaknya mengesan sebuah video promosi di TikTok semalam. 

“Siasatan mendapati klip berdurasi 29 saat itu menunjukkan beberapa remaja menunggang basikal lajak di jalan raya, bersama maklumat perlumbaan yang dijadualkan pada 24 Mei di Damansara Damai. 

“Berikutan itu, satu laporan telah dibuat dan kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 81 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menganjurkan pertandingan melibatkan kenderaan tanpa kebenaran,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau menambah, polis sedang menjejaki penganjur perlumbaan berkenaan untuk siasatan lanjut. 

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Bilik Gerakan IPD Petaling Jaya di talian 03-7966 2222 atau mana-mana balai polis berdekatan. 

Shahrulnizam turut mengingatkan semua pihak agar mematuhi undang-undang bagi mengelakkan kemalangan, sambil menegaskan bahawa polis tidak akan berkompromi dengan individu yang melanggarnya. 

Sumber: Berita Harian  

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us