Tindakan tatatertib akan dikenakan terhadap seorang pegawai berpangkat inspektor dan tujuh anggota yang melakukan pemerasan wang RM35,000 yang berkhidmat di Johor.

Menurut Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar, beliau memaklumkan tindakan tegas akan diambil ke atas kesemua pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam selepas siasatan dilengkapkan setelah reman ke atas mereka tamat esok.
“Amanat Tan Sri Ketua Polis Negara (KPN) baru-baru ini juga amat jelas bahawa polis tidak akan berkompromi (isu salah laku). Saya selaku Ketua Polis Johor juga sudah beritahu, jika ada segelintir yang terlibat, hala tuju pasukan adalah untuk pastikan segelintir yang merosakkan susu sebelanga ini disingkirkan daripada pasukan.
“Kita tiada kompromi dalam isu integriti, salah laku jenayah dan rasuah, saya akan pastikan tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pegawai dan anggota yang terlibat,” katanya.
Terdahulu, seorang tukang cuci wanita telah membuat laporan polis dengan mendakwa bahawa seorang anggota polis meminta wang RM40,000 bagi membebaskan adiknya yang ditahan berkaitan kes dadah.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.