Baru-baru ini, sebuah video tular di media sosial apabila dua remaja lelaki ditahan selepas tidak berpuas hati terhadap kertas soalan Sejarah.

Siasatan lanjut telah dijalankan dan remaja tersebut telah dibebaskan dengan jaminan keluarga, pagi tadi.
Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Suffian Abdullah, pihaknya melaporkan kedua-dua mereka dibebaskan selepas memberikan keterangan.
“Kedua-dua pelajar sudah dibebaskan dengan jaminan keluarga, dan kes masih diteruskan dan disiasat.
“Setakat ini tiada tindakan menarik semula laporan daripada pengadu terhadap kedua-dua pelajar tersebut,” katanya.
Sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor telah menahan remaja yang berusia 18 tahun itu di dua lokasi berasingan di Batang Kali pada pukul 9.30 malam, kelmarin.
Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.