Selepas 204 petugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam itu disahkan positif COVID-19 pada Selasa, 13 Julai. Ia akan dibuka semula esok pada 14 Julai selepas ditutup sehari.
Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, orang ramai tidak perlu risau untuk hadir ke PPV berkenaan memandangkan langkah keselamatan termasuk sanitasi sudah dijalankan.
Mengulas dari mana semua petugas di PPV itu mendapat jangkitan, Khairy memaklumkan agak sukar untuk memastikannya buat masa ini.
“Kita tak pasti siapa yang berjangkit di IDCC, siapa yang berjangkit di luar sebab kes di Selangor terlalu tinggi.
“Tapi berita yang sedikit baik adalah berkenaan ‘load virus’ mereka yang menunjukkan (takat) rendah,
“Ini mungkin juga disebabkan sebahagian daripada mereka sudah divaksinasi,” katanya dalam sidang media khas berkenaan perkara itu secara maya pada Selasa.
Tambahnya, semua yang didapati positif juga tidak mengalami gejala serius.
Seramai 204 sukarelawan di PPV IDCC, Shah Alam disahkan positif selepas saringan beramai-ramai dilakukan pada 10 Julai.
Khairy turut berkata, saringan COVID-19 beramai-ramai kepada petugas di IDCC dibuat sebaik sahaja pihaknya mendapat laporan mengenai dua sukarelawan yang disahkan positif.
Justeru, beliau menyarankan penerima vaksin yang hadir di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam pada 9 Julai daripada jam 4 petang disaran memantau sebarang gejala COVID-19 selama 10 hari.
Mereka yang hadir pada 10, 11 dan 12 Julai juga disarankan memantau gejala dan kawalan kendiri selama 10 hari.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.