Inilah Kita Banner
Inilah Kita Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Naim Daniel Hadir Ke Mahkamah, Prosiding Kes Amang Seksual Ditunda 19 September

ROSTAM, Mohamad Firdaus
18 Aug 2025, 01:31 PM

naim daniel hadir ke mahkamah, prosiding kes amang seksual ditunda 19 september

Foto: Kosmo

Penyanyi popular, Naim Daniel atau nama sebenarnya Muhammad Na’im Daniel Baharin, 28, hadir di Mahkamah Sesyen Putrajaya hari ini berhubung pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun pada Mei lalu.

Tinjauan di lokasi mendapati penyanyi lagu Sumpah itu kelihatan agak susut tubuh serta berwajah sugul ketika tiba di mahkamah. Beliau memaklumkan masih sibuk dengan urusan kerjaya muzik di samping memberi tumpuan kepada kesihatan diri.

“Saya cuma datang untuk penyerahan dokumen sahaja. Alhamdulillah, saya dalam keadaan baik dan sekarang sedang sibuk menghasilkan lagu baharu. Buat masa ini, saya lebih fokus pada diri sendiri,” katanya ketika ditemui selepas prosiding.

Beliau turut berharap peminat akan terus menantikan karya terbarunya walaupun sedang berdepan dengan kes mahkamah.

“Setakat ini, alhamdulillah. Saya akan terus berkarya seperti biasa dan harap semua orang bersabar menantikan kemas kini seterusnya,” ujarnya.

Prosiding Mahkamah

Dalam prosiding tertutup yang berlangsung hari ini di hadapan Hakim Datin M. Kunasundary, pihak pembelaan yang diketuai peguam Mohd. Irwan Sumadi serta Nur Syafiah Athirah Ahmad Shafique menyerahkan beberapa dokumen berkaitan kes kepada pihak pendakwaan.

Menurut Mohd. Irwan, tarikh sebutan seterusnya ditetapkan pada 19 September depan bagi pengurusan kes.

“Tadi hanya sebutan penyerahan dokumen, manakala pada tarikh akan datang kita akan melihat sekiranya terdapat dokumen tambahan daripada pihak pendakwaan,” jelasnya kepada media.

Latar Belakang Pertuduhan

Pada 17 Jun lalu, Naim Daniel mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam prosiding tertutup.

Mengikut pertuduhan, beliau didakwa melakukan amang seksual berbentuk fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun di sebuah unit hotel di Petaling Jaya, Selangor pada 19 Mei lalu, sekitar jam 8.56 malam.

Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Izzah Shaharuddin manakala pihak pembelaan terdiri daripada Mohd. Irwan Sumadi dan Amirul Ridzuan Hanif.

Jaminan dan Tindakan Polis

Mahkamah sebelum ini membenarkan Naim diikat jamin sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin, bersama syarat tambahan iaitu menyerahkan pasport kepada mahkamah serta tidak mengganggu saksi pendakwaan.

Naim pernah ditahan polis pada 3 Jun lalu selepas disyaki melakukan perbuatan tersebut. Bagaimanapun, beliau dibebaskan dengan jaminan polis selepas diambil keterangan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan sebelum ini memaklumkan bahawa arahan pendakwaan terhadap suspek diperoleh daripada Pejabat Pendakwaraya Selangor, sekali gus membawa kes itu ke mahkamah untuk perbicaraan lanjut.

Sumber: hLive

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us