Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Psikologi Di Sebalik Ketaksuban Peminat Sukan

Pernahkah anda terfikir, kenapa kita fanatik sangat apabila bercakap tentang bola nih?
Editor
19 Feb 2020, 03:00 PM

psikologi di sebalik ketaksuban peminat sukan

Seringkali kita akan terasa jika satu-satu musim sukan akan berlangsung. Lagi-lagi kalau ada perlawanan bola sepak yang mendatang. Baik liga tempatan mahupun antarabagsa. Para penyokong akan menunjukkan minatnya kepada satu-satu pasukan baik daripada penampilannya, dengan memakai jersey pasukan kegemaran, atau tak berhenti membebel bercerita kenapa pasukan mereka lebih hebat daripada pasukan yang lain.

Pernahkah anda terfikir, kenapa kita fanatik sangat apabila bercakap tentang bola nih? Tabiat ini tidak sahaj dapat dilihat di Malaysia, tetapi di seluruh dunia. Bagi yang tidak minat sukan ini, kita jadi pelik. Kenapa taksub sangat? Padahal kalau pasukan itu menang, bukan kita dapat apapun. Ini tidak, banyak sudah kita dengar kes penyokong menjadi ganas dan agresif apabila keputusan tidak menyebelahi pasukan mereka. Mari kita terokai sains disebalik tabiat ini.

 

Ketaksuban Seorang Peminat.

Kajian telah menunjukkan bahawa kesetiaan dan identifikasi seseorang keapda satu-satu pasukan sukan boleh disamakan impaknya dengan mengidentifikasikan diri mengikut bangsa, agama, dan negara masing-maising. Apa yang dimaksudkan di sini adalah seseorang itu berasa mereka sebahagian daripada satu-satu kumpulan apabila mereka meminati sebuah pasukan bola.

Manusia ini sifatnya suka berkelompok. Kita makhluk sosial. Kita akan rasa selesa jika kita rasa kita termasuk dalam satu-satu kumpulan. Psikologinya, peminat pasukan bola sepak akan mempunyai hubungan secara psikologi kepaa pasukan tersebut dan secara tidak langsung dengan peminat-peminat kumpulan yang sama di sekelilingnya. Hal ini disebut sebagai Identifikasi berkumpulan.

Hal ini menunjukkan ianya penting bagi pengiktirafan seseorang itu terhadap dirinya sendiri. Disebabkan ianya menjadi identiti diri, peminat fanatik akan menjadikan pasukan soskongan mereka sebagai punca pemprosesan nilai-nilai diri.

 

Rasa Berkepunyaan Kepada Satu-Satu Kumpulan

Seperti yang dinyatakan di atas, manusia merupakan makhluk yang sosial dan memerlukan peneman di sekelilingnya. Menerusi ini, maka wjudlah pereasaan berkeinginan unuk menjadi sebahagaian kepada satu-satu kumpulan. Dengan ini kita akan berasa lebih selesa.

Dengan menyokong satu-satu kumpulan sukan, kita akan berasa berkepunyaan dengan peminat-peminat yang menyokong kumpulan yang sama di sekeliling kita. Kajian menunjukkan semakin tinggi perasaan keberpunyaan kepada satu-satu kumpulan bagi peminat bola sepak, semakin kurang perasaan negatif seperti kesunyian, rasa dipulau dan juga tahap keyakinan diri akan bsemakin bertambah.

psikologi di sebalik ketaksuban peminat sukan

 

Impak Kepada Keyakinan Diri Sendiri

Dengan menjadi menyokong satu-satu kumpulan, peminat akan menyalurkan semangat daripada kumpulan tersebut kepada keyakinan diri sendiri. Kesetiaan kepada satu-stu kumpulan, lagi-lagui kumpulan yang hebat dan selalu menang secara tidak langsung membuat peminat berfikir mereka juga hebat.

Kajian telah menunjukkan bahawa dengan meletakkan keyakinan kepada pasuakan sukan kegemaran, peminat-peminat ini meletakkan diri mereka pada tahap keyakinan yang lebih tinggi daripda orang lain, terutamanya jika diabndingkan dengan pihak lawan.

psikologi di sebalik ketaksuban peminat sukan

 

Begitulah sedikit penerangan tenta psikologi peminat-peminat bola sepak dan mengapa sesetengah daripada mereka dilihat begitu taksub kepada pasukan mereka. Kesimpulan yang ringkas dapat menyatakan bahawa semua ini berbalik kepada dua teori psikologi utama, iaitu sifat bias, atau pengaruh sebelah pihak, dan juga sifat sosial manusia yang ingin berasa berkepunyaan kepada satu-satu kumpulan.  

Tiada salah kalau kita ingin menyokong satu-satu kumpulan sukan atau apa-apa kumpulan sekalipun. Yang penting, kita perlu ingat jangan menjadi pengikut yang buta dan juga tidak melakukan apa-apa tindakan yang boleh menyakiti diri sendiri ataupun orang lain.

Sumber: Association of Psychological Science

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us