
Sebanyak 429,945 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dikeluarkan daripada senarai hitam sekatan perjalanan oleh Jabatan Imigresen Malaysia sejak 24 Mei lepas.
Pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan berkata proses 'pemutihan' nama peminjam itu diselesaikan sepenuhnya pada 8 Jun lepas, seminggu lebih awal daripada tarikh yang dijangka iaitu pada 15 Jun.
Bagaimanapun, beliau meminta mereka yang dikeluarkan daripada senarai hitam berkenaan supaya terus membayar hutang pinjaman pendidikan masing-masing.
"Tindakan ini adalah bagi memenuhi manifesto 100 hari kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) iaitu memansuhkan dasar (sekatan perjalanan itu)," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Susulan langkah itu, katanya, kaunter PTPTN di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) ditutup sepenuhnya berkuat kuasa 1 Julai ini.
Sumber dari Bernama
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.