Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Punca-Punca Dan Faktor Risiko Kanser

Sepertimana penyakit-penyakit yang lain, kanser boleh disebabkan oleh pelbagai faktor
Editor
04 Feb 2020, 02:50 PM

Sepertimana penyakit-penyakit yang lain, kanser boleh disebabkan oleh pelbagai faktor dan pada kebiasaannya ianya disebabkan oleh kombinasi faktor-faktor di bawah. ketahuilah ianya demi kebaikan anda dan orang-orang tersayang anda.

punca-punca dan faktor risiko kanser

Terdapat dua jenis faktor, faktor bolehubah dan faktor tidak bolehubah.

 

Faktor bolehubah

Alkohol – alkohol didapati menyumbang kepada risiko menghadapi kanser perut, payu dara, mulut, mulut dan tekak, kerongkong, dan hati.  

Berat badan ekstrim dan obesiti – terlebih berat badan telah dikaitkan dengan peningkatan risiko menghadapi 1 jenis kanser, termasuk kanser perut, dan pankreas.

Nutriens dan diet pemakanan – pengambilan makanan yang berbentuk daging merah, makanan yang diproses, bergaram dan kadar pengambilan buah-buahan yang kurang boleh memberi impak kepada risiko menghadapi kanser.

Aktiviti fizikal – aktiviti fizikal yang dijalankan secara rutin bukan sahaja dapat meningkatkan pembakaran lemak badan, ia juga dapat mengurangkan risiko penghidapan kanser usus, dan payu dara.

Tembakau – rokok tembakau mempunyai sekurang-kurangnya 80 jenis bahan yang boleh menyebabkan kanser. Apabila merokok, asap rokok akan masuk ke dalam paru-paru dan seterusnya ke saluran daradan ke seluruh badan. Ini menyebabkan merokok menjadi antara punca terbesar kanser, secara umunya. Kini, merokok menjadi penyumbang kepada 22% kematian disebabkan kanser.

Radiasi berion - sumber-sumber radiasi yang dibuat oleh manusia boleh menyebabkan kanser dan menjadi risiko kepada pekerja yang terdedah kepadanya. Radiasi-radiasi ini termasuklah pancaran radon, sinaran x dan gamma dan bermacam lagi radiasi bertenaga tinggi. Pendedahan kepada pancaran-pancaran radiasi ini pada masa yang lama akan meningkatkan risiko menhidapi kanser.

 

Faktor tidak bolehubah

Umur – terdapat banyak jenis kanser yang disebabkan oleh anjakan umur. Semakin lanjut usia seseorang, semakin banyak pendedahan kepada faktor-faktor penyebab kanser seperti karsinogen, dan kadangkala unsur-unsur genetik juga boleh disebabkan oleh umur tua.

Genetik – malangya, sesetengah daripada kita membawa genetik yang diturunkan daripada generasi sebelum kita yang menyebabkan kita lebih berpotensi untuk menghidap kanser. Jika kita ada gene untuk menghidapi kanser, tidak semestinya kita akan pasti menghidap kanser, tetapi risiko kita lebih tinggi.

Sistem imunisasi badan – mereka yang mempunyai sistem imunisasi yang lemah mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi kanser.

Sumber: World Cancer Day

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us