Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Muzik Retro Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Muzik Retro Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Muzik Retro Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Muzik Retro Terbaik

trending

Putera Mateen, Puteri Anisha Rosnah Umum Bakal Timang Anak Sulung

ROSTAM, Mohamad Firdaus
15 Oct 2025, 11:18 AM

putera mateen, puteri anisha rosnah umum bakal timang anak sulungFoto: Instagram

Khabar gembira menyelubungi Istana Brunei apabila Putera Brunei, Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen dan isteri, Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam, mengumumkan bahawa mereka bakal menimang cahaya mata pertama.

Berita istimewa itu dikongsikan sendiri oleh Putera Mateen melalui laman Instagram rasminya @tmski, dengan hantaran foto hitam putih memaparkan pasangan diraja itu berpegangan tangan sambil saling berpandangan penuh kasih di balkoni istana.

Dalam gambar berkenaan, Puteri Anisha kelihatan anggun mengenakan gaun putih labuh sambil meletakkan tangan di perutnya yang mula menampakkan tanda kehamilan.

“And then there were 3,” tulis Putera Mateen ringkas di ruangan kapsyen.

Meskipun tarikh jangkaan kelahiran belum diumumkan, pasangan diraja itu dijangka menyambut ulang tahun perkahwinan kedua mereka pada Januari tahun depan.

Putera Mateen, 34, dan Puteri Anisha, 30, melangsungkan perkahwinan diraja yang gilang-gemilang selama 10 hari pada Januari 2024, dengan kemuncak majlis berlangsung di Istana Nurul Iman, kediaman rasmi Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, di Bandar Seri Begawan.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Mateen (@tmski)

 

Majlis penuh adat itu turut dihadiri oleh pemimpin negara, Raja-Raja Melayu serta ketua kerajaan dari rantau ini.

Putera Mateen merupakan anak ke-10 dan putera keempat kepada Sultan Hassanal Bolkiah dan bekas isteri baginda, Hajah Mariam Abdul Aziz.

Baginda mendapat pendidikan awal di Brunei sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang politik antarabangsa di King’s College London dan seterusnya menyambung pengajian peringkat sarjana di School of Oriental and African Studies (SOAS), University of London.

Selain terkenal dengan ketampanan dan karisma, Putera Mateen juga dikenali sebagai individu aktif serta berdisiplin tinggi. Baginda menamatkan latihan ketenteraan di Royal Military Academy Sandhurst pada tahun 2011 dan merupakan pemain polo berbakat yang sering mewakili Brunei di peringkat antarabangsa.

Puteri Anisha pula, yang dilahirkan di London, ialah seorang usahawan berjaya dalam bidang fesyen dan pelancongan mewah, mengusahakan jenama pakaian sutera serta agensi perjalanan eksklusif.

Difahamkan, pasangan diraja ini mula berkenalan sejak 2018 namun memilih untuk merahsiakan hubungan mereka sehinggalah majlis perkahwinan berlangsung pada awal tahun ini.

Sekiranya bayi yang bakal dilahirkan itu lelaki, baginda akan menjadi pewaris keenam takhta Kesultanan Brunei, sekali gus menambah satu lagi detik bersejarah dalam institusi diraja negara berkenaan.

Sumber: Instagram

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us