Foto: Instagram
Tanpa sebarang desas-desus sebelum ini, pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam mengejutkan ramai apabila memuat naik hantaran di media sosial yang seolah-olah memberi bayangan rumah tangganya bersama suami, Datuk Nur Azman Sulaiman, telah berakhir.
Dalam perkongsian tersebut, Rebecca, 39, meluahkan rasa reda atas perpisahan yang berlaku, sambil mendoakan kesejahteraan bekas pasangannya yang telah menemaninya selama 18 tahun.
“Assalamualaikum. Sudah 18 tahun kita bersama. Semoga Allah limpahkan kesihatan dan rezeki kepada kamu. Terima kasih atas segala kenangan sepanjang 18 tahun ini. Kita sudah berusaha sedaya upaya, namun Allah adalah sebaik-baik perancang,” tulisnya.
Lebih menguatkan spekulasi, pelakon filem Embun itu turut menukar bio Instagramnya kepada “ibu tunggal kepada tujuh orang anak”, sekali gus menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat.
Ruangan komen dipenuhi dengan kata-kata semangat dan doa daripada warganet yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib Rebecca.
“Semoga terus kuat demi anak-anak. Jika benar sudah berpisah, semoga tabah hadapi segalanya,” tulis seorang netizen.
“Jika ini jalannya, semoga masing-masing menemui kebahagiaan. Berpisah tidak semestinya bermusuh,” komen seorang pengikut lain.
“Sayu baca kapsyen tersebut. Harap Rebecca akan terus bahagia walau apa pun cabaran yang datang,” kata seorang pengguna media sosial.
Untuk makluman, Rebecca dan Nur Azman berkahwin pada 14 Januari 2011. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan enam orang anak dan turut membesarkan seorang anak angkat, Nor Adam Daniel, yang kini berusia 16 tahun.
Sumber: Instagram
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.