Radiator memainkan peranan penting dalam operasi enjin kereta. Jika radiator anda mengalami kebocoran, ianya akan menjejaskan prestasi kenderaan anda dan enjin anda mengalami kepanasan yang melampau kerana kegagalan sistem penyejuk.
Encik Erfan telah berkongsikan cara untuk membersihkan radiator sebelum masukkan ‘coolant’ atau penyejuk. Mari kita ikuti cara yang dikongsikannya.
As salam dan selamat malam..
Malam ni saya nak sembang sikit macam ne nak flushing radiator sekiranya anda mahu menggantikan coolant enjin anda. Sebenarnya ni Kali ke 3 saya cuba nk post pasal ni. Tak tau lah tak kan mic hnset rosak ada effect sampai ke FB.
Pagi tadi ada sebiji pesona datang ke bengkel. Temperature naik katanya. So benda pertama kena tengok adalah air radiator nye. Kalau rujuk pada gambar tak de beza warna air radiator tu dengan kopi ais. Penuh ngan karat. Walaupun owner dah bubuh coolant sebelum ni pun ia tak mendatangkan hasil. Sebab radiator dah sumbat dan karat. Bubuh lah 200% coolant sekali pun sumbat tetap sumbat.
So katakan tiba2 anda teringat nak bubuh coolant dalam radiator pastikan radiator anda tip top. Tak de leaking mahupun karat. Jadi elok anda servis dulu radiator anda kalau sebelum ni anda tak guna coolant. Kos untuk servis radiator sekitar puluhan ringgit sahaja sekiranya anda buka dan hantar sendiri ke kedai servis radiator. Tool pun tak banyak guna. Untuk pesona tadi hanya guna playar,coupling 10 dan 12mm dan skru driver serta sedikit kesabaran.
Ok katakan sekarang anda dah pasang radiator tadi. Sekiranya air sebelum ni karat elok sekiranya anda flushing dulu.
Kenapa perlu flushing?
Sebab ada lagi air karat yg terperangkap dalam engine. So elok sekiranya keluarkan air tu. Ok buka top hose radiator tadi-masuk kan getah paip (orang jawa panggil toler) dan hidupkan paip air. Kemudian hidupkan engine. Boleh rujuk video. Perhatikan air yg keluar dari top hose radiator tadi.. mula2 keruh lama2 jernih. Baru teguh peribadi.
Sekarang air karat dah xde. Matikan engine dan pasang semula top hose. Sekarang buka drain plug kt bawah radiator tu. Dah kuar air tutup semula drain plug tadi. Isikan coolant dalam radiator. Pastikan coolant yang berjenama macam nissan ke.. toyota ke.. ada mcm2 kaler.. merah,biru, hijau pun ada. Jgn beli yg xde brand ataupun brand yang xde kaitan macam adidas atau casio.. nmpk sgt nipu nye pasal brand tu xde wat barang kereta.
Jangan isi coolant melebihi 70:30.. seelok eloknya 50:50.. melainkan coolant tu memang tak perlu tambah air seperti toyota super long life coolant. Yang ni memang 100% pakai dia saja tak perlu campur air. Harga sekitar 8x.xx untuk 4 liter. Berbaloi sebab dia recomended untuk 100k km.
Boleh juga kalau tak mo bubuh coolant. Boh air paip je tapi kena rajin tukar pasal nanti dia akan karat dan sumbat semula. Kena rajin servis lah
Kalau malas nk servis beli je baru. Untuk pesona harga radiator sekitar 2xx je tambah 30 sen kalau nak ikat tepi.
Ok bye
Boleh join group polimekanik untuk tips2 yang lain. Terima kasih kerana sudi membaca dan share.
#polimekanik
#psas
Keadaan air masa mula-mula sampai
Air radiator yang keluar dari radiator
Buka klip top hose guna playar.
Sumber dari Facebook Mohd Erfan Daud
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.