Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Hingus Warna Hitam, Kena Terus Jumpa Doktor! Rahsia Sebalik 7 Warna Hingus

Kalau selesema mesti akan rasa paling rimas bila hingus keluar tanpa henti.
Editor
04 Nov 2020, 07:00 AM

Kalau selesema mesti akan rasa paling rimas bila hingus keluar tanpa henti. Lagi-lagi bila hidung tersumbat dan susah nak bernafas. Tapi sebenarnya, hingus atau mukus nasal ini terhasil untuk bantu menjaga sistem pernafasan agar kekal sihat.

via GIPHY

Menurut Pakar Telinga, Hidung dan Tekak dari New York University Langone Medical Center iaitu Dr. Richard Lebowitz, hingus terhasil daripada kelenjar mukosa yang terdapat dalam saluran pernafasan.

Ramai orang berpendapat bahawa hingus ini menandakan badan sedang demam ataupun selesema, tetapi ia adalah kurang tepat. Malah ada yang percaya warna hingus menjadi petunjuk kepada tahap kesihatan kita.

hingus warna hitam, kena terus jumpa doktor! rahsia sebalik 7 warna hingus

Walaupun ia bukan menjadi diagnosis utama bagi seorang doktor, namun ia boleh dijadikan petunjuk. Ini merupakan 7 warna hingus dan rahsia sebaliknya.

1. Hingus jernih

Hingus jernih menandakan badan anda berada dalam keadaan yang sihat. Ia mengandungi air, protein, antibodi dan larutan garam yang dihasilkan secara berkala dan kerap. Mungkin anda tidak perasan akan hingus jernih ni sebab kebiasaannya ia akan mengalir masuk dan larut dalam perut.

2. Hingus putih

Ini pula petanda anda akan mengalami hidung tersumbat. Ini disebabkan keradangan pada tisu hidung sekali gus meperlahakan aliran mukus. Akibat daripada hingus putih adalah ia akan hilang kelembapan lantas menyebabkan hingus menjadi pekat dan likat yang menjadi simptom utama demam atau selesema.

3. Mukus kuning

Jika mukus kuning pula, anda mungkin mengalami demam selesema. Ini disebabkan sel yang melawan jangkitan seperti sel darah putih yang memasuki kaviti hidung untuk melawan jangkitan mikrobial. Mukus kuning ini akan hilang selepas 10 ke 14 hari.

4. Mukus hijau

Sama sperti mukus kuning, ini adalah petanda anda mengalami demam selesema dan sedang melawan jangkitan sel darah putih. Tetapi kalau anda masih sakit selepas 12 hari, sila berjumpa doktor. Takut ia mungkin petanda jangkitan bakteria sinutisis yang perlu rawatan perubatan.

5. Mukus merah

Ini bermaksud hingus anda sudah bercampur dengan darah. Akibatt mukus merah ini mungkin datang dari kecederaan pada tisu hidung, mungkin dari kekeringan, kerengsaan atau apa juga impak. Jika berlaku, sila periksa sama ada wujudnya sesuatu yang tersekat dalam lubang hidung.

6. Mukus oren

Sama seperti mukus merah, ini disebabkan hingus sudah bercampur dengan darah. Jika ini berlaku, dinasihatkan anda segera berjumpa doktor untuk konsultasi.

7. Hingus hitam

Jarang dengar hingus hitam, tapi ternyata ini adalah petanda serius. Anda mungkin terkena jangkitan yang serius dan perlu berjumpa doktor untuk konsultasi dengan segera. Mukus hitam ini mungkin disebabkan jangkitan kuman serius yang berlaku kepada perokok, penagih dada atau penderita penyakit sistem imun.

Sumber: Hello Doktor

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

function showbutton() { var x = document.getElementById("full-ads"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } } function showbutton1() { var x = document.getElementById("half-ads-hidden"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } }