Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Muzik Retro Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Muzik Retro Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Muzik Retro Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Muzik Retro Terbaik

trending

“Ini Terjadi Bukan Kerana Kami Menyerah, Tapi Kerana Kami Berusaha Bijaksana…” - Raisa

ROSTAM, Mohamad Firdaus
27 Oct 2025, 11:45 AM

“ini terjadi bukan kerana kami menyerah, tapi kerana kami berusaha bijaksana…” - raisaFoto: Instagram

Penyanyi popular Indonesia, Raisa, akhirnya tampil bersuara selepas disahkan memfailkan perceraian terhadap suaminya, pelakon Hamish Daud.

Menerusi hantaran di Instagram, penyanyi lagu Usai Di Sini itu berkongsi luahan hati bersama foto keluarga yang menampilkan dirinya, Hamish dan anak mereka, Zalina Raine Wyllie di tepi pantai.

“Helo teman-teman, semoga kalian semua dalam keadaan baik. Setelah melalui banyak pertimbangan dan pemikiran panjang, kami memilih untuk menempuh jalan kami masing-masing,” tulisnya memulakan kenyataan.

Menurut Raisa, keputusan itu dibuat hasil persetujuan bersama selepas tempoh panjang perbincangan dan refleksi peribadi.

“Keputusan ini kami ambil bersama, dan telah cukup lama kami proses dalam ruang pribadi kami masing-masing, sebelum akhirnya berita ini sampai ke kalian. Sepanjang prosesnya, kami tetap saling menjaga dan berusaha memahami kebutuhan satu sama lain dengan sebaik-baiknya,” ujarnya.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by @raisa6690

 

Raisa yang kini berusia 35 tahun menjelaskan bahawa meskipun hubungan mereka kini berubah, kasih dan tanggungjawab terhadap anak mereka tetap sama.

“Kami berharap agar masing-masing dari kami dapat menemukan kedamaian dan terus bertumbuh sebagai individu, orang tua bagi Zalina, dan pekerja profesional di bidang kami masing-masing. Hubungan kami tetap baik, meski berubah. Yang tidak akan berubah adalah cinta kami kepada Zalina,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Raisa turut meminta agar ruang peribadinya dihormati demi kesejahteraan anak mereka.

“Kami memohon pengertian teman-teman semua untuk ikut menjaga ruang pribadi kami, agar Zalina dapat terus tumbuh di lingkungan yang baik dan merasa aman. Ini terjadi bukan kerana kami menyerah, tapi kerana kami berusaha bijaksana,” jelasnya.

Hantaran tersebut menerima ribuan komen daripada peminat dan rakan artis yang mendoakan agar penyanyi berkenaan terus kuat menghadapi fasa baharu kehidupannya.

Untuk rekod, Raisa dan Hamish Daud mendirikan rumah tangga pada 3 September 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Zalina Raine Wyllie.

Teka-teki mengenai status rumah tangga mereka terjawab apabila Pejabat Agama Jakarta Selatan mengesahkan Raisa memfailkan tuntutan cerai pada 22 Oktober lalu.

Sumber: Instagram

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us