Busana ‘The Malaya’ rekaan pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini, dipilih menjadi busana rasmi yang akan digayakan oleh kontinjen Malaysia sempena upacara perasmian temasya Sukan Olimpik Paris 2024 nanti.

Menurut perkongsian di laman Instagram milik Majlis Olimpik Malaysia (OCM), busana ‘The Malaya’ menampilkan rekaan baju kurung berserta kelubung untuk wanita, manakala baju Melayu teluk belanga bagi lelaki.
Malah, busana tersebut mempunyai setiap perincian pada setiap rekaan, motif, kain dan lain-lain.
Namun, ramai warganet yang meminati dan menyukai busana tersebut yang bakal digayakan para kontinjen Malaysia.
Menariknya, ramai yang mahu mengambil inspirasi untuk mengenakan baju raya sedondon menggunakan warna tona busana tersebut.
“Ringkas, menarik saya suka. Tahun depan nak baju raya macam ni”.
“Memang suka sangat warna, details semua memang kena, barulah nampak mewah begitu,” komen seorang warganet.
“Nampaknya sedondon la satu Malaysia pakai warna ni raya tahun depan. Tahun lepas tema oren,” kata Amanda Yusof.
“Ok lock warna baju ni untuk baju raya nanti,” komen pengguna di Instagram.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.