Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

“Ilham Datang Dalam Pelbagai Cara & Pada Bila-Bila Masa.”- Ramlee Awang Murshid

Novel karya penulis kelahiran Papar ini bukan sahaja unik, tetapi dia mampu menghasilkan plot twist yang sukar dijangka.
Editor
14 Jul 2017, 05:00 PM

Kadang kala sebuah cerita melangkaui batas fikiran. Sama seperti novel tulisan novelis thriller tersohor Malaysia, Ramlee Awang Murshid (R.A.M). Karya seperti Tombiruo sahaja dikisahkan melalui 3 novel berbeza yang punya pertalian bagi melengkapkan jalan cerita. Bermula daripada Tombiruo, Tombiruo Semangat Hutan dan diakhiri dengan Tombiruo Terakhir. Belum lagi bercerita tentang 8 naskhah Sunan bermula daripada Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta, Cinta Sufi, Sutera Bidadari, Sunan Musafir, Sunan Nanggroe dan Sunan Cinta Nan Sakti. Kesemua novelnya punya aura tersendiri sehingga pembaca hanyut dengan watak rekaan seperti Ejim, Sunan, Carlos dan Saifudin.

“ilham datang dalam pelbagai cara & pada bila-bila masa”- ramlee awang murshid

Kredit: Instagram @ramfc2020

Perjalanan Awal

Perjalanan R.A.M untuk berada di tempatnya hari ini cukup panjang. Pengalaman sebagai wartawan penyiaran dan penerbit rancangan hampir 20 tahun digunakan untuk mengutip pengalaman dan mendalami sosio-budaya masyarakat dan diterjemahkan ke dalam penulisannya. Pengalaman sebagai anak pegawai penjara dan subjek minor Psikologi Tingkah Laku yang diambil di UKM menjadi nilai tambah dalam menggarap naskhah thriller dan bermain dengan watak pesakit mental, skizofernia, halusinasi dan psycopath dalam Fiksyen 302, Mandatori dan Rahsia Perindu.

Jatuh Bangun

Bukan sehari dua diambil untuk berada di tempatnya hari ini. R.A.M pernah lalui saat sukar ketika karyanya dipandang sepi 12 tahun lamanya sebelum diberikan ilham menghasilkan Satu Janji. Dia pernah berjaga sehingga lewat malam untuk ‘mengetuk’ idea yang datang. R.A.M hari ini mampu menyiapkan dua bab dalam sehari, satu pagi dan satu petang disamping menjadi Mr. Mama, memastikan rumah dalam keadaan rapi, selain menghantar dan menjemput satu-satunya putera tunggal pergi dan pulang dari sekolah.

“ilham datang dalam pelbagai cara & pada bila-bila masa”- ramlee awang murshid

Kredit: Instagram @ramfc2020

Ilham & Idea Mencurah

Ketika berkarya ilham datang dalam pelbagai cara. Tetapi pada awalnya datang melalui pengalaman, persekitaran dan ilmu kewartawanan. R.A.M juga menjadikan pengkisahan al-Quran sebagai jalan cerita yang dikembangkan menjadi naskhah baru. Anding Ayangan misalnya, sebuah kisah keagamaan dalam menyembah Tuhan yang sama tetapi berlainan mazhab... Ilhamnya datang daripada isu semasa seperti Daesh yang difiksyenkan dalam bentuk purba. Ilham itu datang secara tiba-tiba dan di mana-mana.  

 

Kejayaan Tidak Datang Bergolek

Walaupun bermula pada usia 28 tahun yang dianggap sudah lambat, R.A.M membuktikan hanya usaha keras, doa tidak putus dan tidak mengenal putus asa menjadi rahsia kejayaan. Dia kini bernaung di bawah karangkraf. Kesemua karyanya diterbitkan Karangkaf melainkan Pei Pan dengan Utusan Publication, Anugerah Pertama dengan Kreatif Enterprise dan Igauan Maut dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Anding Ayangan merupakan novel ke-27 tulisan R.A.M yang kini sibuk dengan filem adaptasi novel; Tombiruo Penunggu Rimba yang bakal menjengah layar perak tidak lama lagi. Mampukah filem ini mengangkat elemen-elemen daripada sebuah novel? Mampukah para pelakonnya seperti Zul Ariffin (Ejim), Faizal Hussein (Pondolou), Nabila Huda (Wan Suraya) dan Farid Kamil (Amiruddin) menggalas tanggungjawab yang diberikan sekaligus membuat peminat setia R.A.M tersenyum puas kala keluar daripada panggung nanti? Ini antara cabaran yang menanti R.A.M dan keseluruhan produksi!

“ilham datang dalam pelbagai cara & pada bila-bila masa”- ramlee awang murshid

Kredit: Instagram @ramfc2020

Bukan mudah untuk menghasilkan karya yang mampu menarik pembaca untuk terus melekat dan setia menanti karya seterusnya. Novel karya R.A.M bukan sahaja membuatkan pembaca lamanya ternanti-nanti karya terbaharu, garapan jalan ceritanya juga berjaya menarik ramai pembaca baru.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us