Pernahkah anda atau sesiapa sahaja kenalan anda yang merasa takut dan gelabah apabila menaiki lif? Jika YA, ia adalah satu ciri ketakutan yang dikenali sebagai ‘claustrophobia’.
Claustrophobia adalah ketakutan kepada ruang tertutup seperti lif, lohong, lubang atau mana-mana keadaan yang gelap dan sempit.
Ketakutan ini boleh membuatkan seseorang itu mengalami rasa gemuruh dan gelabah, dan ada juga sesetengah keadaan dimana seseorang itu akan mengalami serangan panik apabila takut berlebihan.
Antara simptom yang sering berlaku kepada penghidap claustrophobia apabila berhadapan dengan rasa takut ini adalah seperti berpeluh-peluh, kesukaran bernafas, sakit pada bahagian dada, pening dan sakit kepala.
Kebiasaannya mereka yang mempunyai claustrophobia adalah mereka yang pernah mempunyai sejarah atau kisah yang menakutkan semasa kecil, seperti terperangkap dalam ruang kecil dan sempit, sehingga membuatkan rasa takut itu berterusan sehingga dewasa. Selain itu, ada juga keadaan bila ibu dan/atau bapa juga mempunyai rasa ketakutan ini yang membuatkan anaknya juga mempunyai rasa serupa.
Jika anda merasa kurang selesa dengan perasaan takut seperti ini, segera dapatkan nasihat daripada pakar dan rawatan seperti cognitive behavioral therapy (CBT) akan dijalankan bagi membantu anda berhadapan dengan claustrophobia ini.
Sumber: NHS UK
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.